my baby

my baby

Tuesday, August 4, 2009

Anak Derhaka Kerana Isteri Tercinta...

Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.

Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.

Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri.

Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.

Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.

Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong.. Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya..

Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam.. Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah.

Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.

Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.

Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.

"Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong sikit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, "rungut si ibu kepada anaknya.

"Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar.

Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.

Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.

Selepas lama berselisih faham, si anak sedikit demi sedikit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta, cerewet dan terlalu ambil hati.

"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.

Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak?" soal si anak lagi. "Alaaah....nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.

Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.

"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak.

Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedikit aja. Sampai hati kau Man."

Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya.

"Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!" katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas.

Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, "katanya dengan kecewa.

Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta ini!"

Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah.

Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau?

"Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingka n."

Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!"

Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tanpa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu.

Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sakit, namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan.

Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis dan menangis.

Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar lemah untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut.

Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.

"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya,"kata saya.

Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.

Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya.

Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sakit terus-menerus. Penyakitnya agak kronik dan gagal diubati doktor.

Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain.

Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sakit selama 10 tahun..

"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."

[Surah al-Israa' 7:23-24.]

Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."


Monday, July 20, 2009

Ibu Hamil dan Puasa

Setiap ibadat yang dianjurkan Islam kepada umatnya adalah semata-mata untuk kebaikan manusia itu sendiri. Allah sebagai pencipta maha mengetahui keperluan manusia demi untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Begitu jugalah ibadat puasa mempunyai tujuan tertentu seperti meningkatkan ketakwaan dan keimanan seseorang.

Islam amat peka kepada kesejahteraan manusia dan ibadat yang ditentukan tidak memberatkan umatnya, seperti firman Allah dalam surah al-Hajj, ayat 78 yang bermaksud:

“Tidaklah Allah menyebabkan timbulnya kesulitan bagimu dalam agama”.

Oleh itu kelonggaran diberikan kepada sesiapa yang mempunyai masalah seperti sakit tua, hamil dan menyusu.

Kelonggaran bagi orang yang sakit dan musafir untuk tidak berpuasa pada Ramadan diperjelaskan dalam surah al-Baqarah, ayat 183-184 yang bermaksud:

“Hai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, iaitu dalam beberapa hari yang tertentu, maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain”.

Wanita yang hamil boleh berpuasa jika kandungannya normal dan tidak mengalami sebarang permasalahan. Jika dikhuatiri pembesaran janin akan terjejas, ibu yang hamil boleh berbuka puasa dan diganti pada hari yang lain.

Bagi janin yang mengalami permasalahan pembesaran, ibu dinasihatkan supaya tidak berpuasa.

Dalam kes puan, kandungan baru saja berusia tiga bulan, kemungkinan besar puan boleh berpuasa seperti umat Islam yang lain.

Jika pada tahap ini puan masih muntah-muntah, eloklah jangan berpuasa kerana ibu yang mempunyai alahan itu dinasihatkan supaya makan secara sedikit-sedikit tetapi kerap untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.

Bagi ibu-ibu yang ingin berpuasa, di bawah adalah beberapa petua:
  • Pastikan puan tidak mempunyai masalah kesihatan atau masalah pada janin.
  • Pastikan pergerakan janin adalah normal, sekurang-kurangnya 10 kali bagi setiap lapan jam.
  • Dinasihatkan supaya mengambil makanan seimbang dan berkhasiat pada waktu berbuka dan sahur.
  • Elakkan makanan mengandungi banyak gula atau berminyak.
  • Bersahurlah selewat mungkin. Langkah ini boleh membantu untuk mengurangkan kelaparan dan keletihan pada masa berpuasa. Langkah ini juga selari dengan sunnah Rasulullah.

Oleh kerana berpuasa mengambil masa kira-kira 13 jam, keperluan kepada makanan yang mengambil masa agak lama untuk hadam adalah lebih baik daripada makanan yang hadam dengan cepat.

Contoh makanan yang mengambil masa untuk hadam ialah makanan mengandungi bijirin, gandum, wholemeal, sayur-sayuran, buah-buahan yang dikeringkan (dried fruits) dan unpolished rice.

Minum sekerap dan secukupnya dalam masa di antara berbuka hingga tidur waktu malam. Dengan itu badan dapat menyesuaikan keadaan cecair dalam badan.

Pengambilan cecair dan serat yang cukup dapat mengurangkan permasalahan sembelit ketika hamil dan berpuasa.

Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil multivitamin yang diberikan oleh doktor.

Fungsi multivitamin ini adalah untuk menampung keperluan badan terutama ketika hamil dan berpuasa.

Elakkan daripada kegiatan yang memerlukan tenaga yang banyak. Berehatlah pada pertengahan hari jika keadaan mengizinkan.

Ibu hamil dibenarkan meninggalkan atau berbuka puasa jika berasakan kurang berupaya untuk meneruskannya dan mereka boleh berpuasa semula pada hari-hari lain jika keadaan mengizinkan.

Jangan jadikan hamil sebagai alasan untuk tidak berpuasa!

p/s: den akan try puasa penuh tahun ni.... insyaallah....

Friday, July 10, 2009

award


thank sis ayu bg den award... kene jawab soklan gak ke... wakakaka
ok den nak jawab soklan lak...

task 1: why do you think that you deserve this award?
sebab sis ayu syg kek den kot ....

task 2 : convey your appreciation to anyone for receiving this blog?
tuk semua yg. jenguk2 blog den...

task 3 : give this blog to 6 blogger
-sis ayu
-bro somak
-abg shahid
-kak zai
-ucup
-fah

Tuesday, July 7, 2009

Murtad

Mungkin ada yang pernah membaca atikel ini sebelum ini..

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu,paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini..

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut pegua mbela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah
mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan
Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita, Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut.Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut:

1.
Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.
Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan? Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah.Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
.
Butir asal permohonan.. ...

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam C ina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23:
"Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun)berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi..... . semua tak termasuk..

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hart ina Haji Kamarudin.


Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hart ina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hart ina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga..

Apa Hart ina buat masa tu? Hart ina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hart ina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya
3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah mengh ina bapanya dengan menukar nama Hart ina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul b ina tang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu
laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan h ina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan..

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!?

Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si m ina ci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya..

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si m ina chi ni. Heran sungguh. Bila si m ina chi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si m ina chi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh , seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. . Dia mohon pada makamah, agar isytiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama
2 tahun...

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya
sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa
sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim , isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama.. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? " "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? " Rasullullah SAW menjawab,"Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtadini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.


Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London .. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup.
Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."


Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492 . kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao . Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih? Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.

Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu..

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. D inamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati...
"Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.


Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini.. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggungjawab kita semua.


Akhir sekali,ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini.. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.


Tuesday, June 30, 2009

PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Hari tu my hubby bg satu email kek den.. den ghaso elok kalau kite bace sesame......

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak bolehmembantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya: -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefonadalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputanuntuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nomborkecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan danlebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefonbimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan keretaanda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untukmendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Janganr risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakansystem penggera ( alarm ) sahaja .
- Caranya, cuba anda hubungi seseorang yangberada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegangtelefon bimbit anda dari jarak k ira -k ira 30 sm ( satu kaki ) dari keretayang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkanpada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah iaboleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta andaberada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua ataumeminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting jugapenggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesankerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehab is anbateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyaifungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilanpenting atau berada dalam kecemasan.
- Telefon bimbit jenis Nokia didatangkandengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' .Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akanmemberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecastelefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Andaboleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yangterdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siritelefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuksetiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempatSelamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat serv istelefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.
- Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapasahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telahditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbittersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuashati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

hikhikhik try la den pun x ponah try laie.....

Thursday, June 25, 2009

kandungan minggu ke 21...

Assalamualaikum all.. sekarang ni kandungan aku dah masuk 21minggu..

saje je nak kongsi keadaan janin mase kandungan 21 minggu

mase ni berat badan dah naik 3-6kg kalau dikira aku dah naik 4kilo dari berat badan biase aku..

Ukuran janin lak dalam 20cm.. kalau dilihat macam anak patung kecil...

Mase ni aku dah rase pergerakan baby dalam perut tau, lagi2 time aku baring .. mmg aktiv . doktor kate mase ni baby akan bergerak sebanyak 180-200 kali sehari. Tetapi x semue gerakan ibu akan rase....

Perut pun org dah nmpak.. aku dah cepat letih.. berdiri lame2 je kaki sakit.. bile malam kaki krem.. kene pakai stokin , tido kaki kene letak atas bantal biar tinggi sikit. HikHIkHik.. seronok ngandung ni... ape2 pun tunggu la kelahiran my second baby pada awal bulan 11 nanti...

Saturday, June 20, 2009

Rasia Bulan Kelahiran..

Jom tahu rasia disebalik bulan kelahiran kite....
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.

* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.

* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.

* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.

* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet
.* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.

* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.

* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.

* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.

* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.

* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Sunday, April 12, 2009

Ngantuk... uwaaaaaa...

Sojak den disahkan ngandung ni den asyik ngantuk yoooo... x habis2 ngantuk e.. kek opis ngantuk kek umah ngantuk... nak balik kojo pun ngantuk.. kono sawan ngantuk agak e den ni... nasi bukan laie febret den.. dulu x makan nasi sehari ghaso cam nak gilo.. skarang ni nak pandang nasi pun den x nak...macam2 perubahan yang den alami.. dugaan..

Makanan febret den lak x kiro pagi malam buah mangga yg masam tu..
Peh kalau x dapek makan sehari boleh lombik badan ni...
Hubby den apo laie membebel la dio tgk den asyik makan mangga yoo....

Ni la dugaan maso ngandung ni.. Den pun x tau la cmno den boleh jatuh
tanggo kelmarin... sakit kaki den ni.. sib baik la sompek pogang bosi pengadang tu kok x alamat e beranak den semalam....

Balik umah semuo membebel marah kan den.. apo dio ingat jatuh ni boleh buek2 ko... sakit wo... bongkak kaki den ni.....pehni kono hati2, hubby den lak x bg den pakai slipar yg ado ni nak bolikan slipar comfort yg tobal tu.. huduh e slipar tu den x suko... nak wek cmno dah time2 ngandung ni kono la ikutkan jugak .. kok jatuh kang dio gak susah.. ish macam2,...

Time2 gini lak den kono batuk, sakit kepalo adeh..... nak makan ubat x elok utuk tempoh kandungan awal... tahan yo la nak wek cmno.... tp diam2 den poie makan ubat kek dapur .. takut hubby den nmpak.. dah tu x dapek tido den kok poning ngan batuk cmni....

Apo2 pun doakan den ngan kandungan den selamat.. insyallah... sekian la untuk kali ni.. kok ado mod den update laie la blog den ni.. ...

Monday, March 23, 2009

Berdua Lebih Baik

hr ni aku terbaca dalam utusan online ... amat sesuai untuk pasangan yg dah kawen... so nak share kat sini... kenalilah diri anda dan pasangan anda... Jom Bace sesama

Susunan NOOR FAZRINA KAMAL

LAZIMNYA bila sepasang suami isteri bergaduh, salah faham timbul dan kebanyakan pasangan mengambil jalan singkat dan berkata pada diri mereka bahawa perhubungan ini tidak akan berhasil. Antara luahan yang kerap keluar dari mulut sama ada isteri mahupun suami ialah, 'kita tidak lagi serasi bersama'.

Tetapi satu artikel dari majalah berbahasa Inggeris tulisan Judith dan Jim menyatakan perkara yang berbeza. Mereka melihat daripada perspektif bahawa cinta sejati itu sebenarnya wujud dan hanya menunggu masa untuk dibajai.

Yang pasti salah seorang daripada anda perlu mempunyai komitmen, keberanian dan kesediaan untuk mengubah perangai keras kepala anda supaya menjadi seorang yang lebih fleksibel dan terbuka.

Salah satu teknik yang dipraktikkan oleh Judith dan Jim ialah dengan teori Conscious Creativity.
Ia merangkumi sembilan proses untuk memulihkan hubungan yang berkonflik dan melupakan untuk 'lari saja' daripada masalah.


Apa yang penting, ingat matlamat utama anda untuk membina semula dan mencari jalan untuk bersatu kembali. Pastikan anda berdua membuat satu resolusi yang boleh memuaskan hati kedua belah pihak.

Justeru, perbincangan terbuka adalah amat penting dan pastikan setiap daripada anda mendengar dan menghormati permintaan serta pandangan yang masing-masing kemukakan.

Kenal pasti isu
Luahkan apa yang mengganggu anda dalam cara yang paling baik. Pastikan setiap perkara yang anda tidak puas hati disampaikan dengan tenang dan teratur.


Rasai perasaan anda
Cuba berkomunikasi dengan perasaan dan diri anda secara jujur.


Mengambil berat.
Beritahu kepada diri anda bahawa anda mengambil berat dengan perkara yang melibatkan hubungan anda berdua
Ketahuilah bahawa kehidupan berpasangan ada pelbagai onak duri dan ranjau yang harus ditempuhi. Beri keutamaan kepada hubungan dan pasangan anda sebelum perkara-perkara lain.

Jangan sabotaj diri sendiri
Buang sifat negatif yang menguasai diri anda semasa hubungan keruh anda dan si dia. Jangan biarkan perangai buruk lama anda mengeruhkan suasana perbincangan anda berdua.


Ubah cara berfikir
Cakap kepada diri anda bahawa anda mampu untuk memahami pelbagai isu dan boleh menginterpretasinya dengan banyak cara. Jika tidak, anda akan semakin dibebani dengan masalah tersebut dan mungkin ia akan menjadi lebih teruk.


Pikul tanggung jawab
Tanya diri anda apa yang telah anda lakukan dalam masa anda betul-betul berasa tertekan. Biasanya perselisihan antara pasangan timbul kerana sikap salah seorang dari pasangan tersebut.


Ingatlah bahawa pasangan anda bukan sama seperti anda
Belajar untuk memahami diri pasangan dan ingatlah bahawa pemikiran dia berbeza daripada anda. Janji anda berdua untuk hidup dengan lebih baik hanya akan berjaya sekiranya masing-masing mengemukakan pandangan dan menghormati pandangan tersebut.


Jadilah lebih peka
Cuba dengar setiap masalah yang diluahkan pasangan dan menghormati pengalaman yang mereka lalui. Ingatlah pengalaman yang mereka lalui tidak semesti sama dengan anda walaupun anda merasakan anda pernah berhadapan dengan situasi yang sama.
Biar dia rasa andalah orang yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan dan percaya bahawa anda bukanlah pasangan yang akan menjatuhkan pasangan anda.

Cari penyelesaian untuk diri atau pasangan
Sementara anda mencari penyelesaian terhadap masalah anda berdua, ingatlah anda berdua adalah insan yang berbeza. Ikrar untuk menjadi yang terbaik untuk sama satu lain bukanlah bermakna anda ingin 'memenangi 'pertandingan' tersebut. Buang jauh-jauh perasaan negatif bahawa anda tidak boleh teruskan hubungan tersebut, sebaliknya cakap pada diri anda bahawa hubungan anda memang sentiasa mempunyai harapan.

Thursday, March 19, 2009

Kenal Wanita Melalui Hari Lahir..... :)

Percayakah anda ada di kalangan kita yang melihat karakter seseorang berdasarkan hari kelahiran mereka. Dari situ, ia akan melihat sejauh mana kesinambungannya dari segi keserasian atau masa depan dan mengambil kira sama ada jodoh mereka boleh berpanjangan atau sebaliknya.
Sama ada percaya atau tidak, masing-masing berhak menentukan sikap dan bakal pasangan yang akan memacu perjalanan hidup berdua.Apapun, berikut diperturunkan tafsiran daripada kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengenai hari kelahiran mereka sekadar untuk renungan. Jangan terlalu mempercayainya kerana ia mungkin dihasilkan sekadar untuk pembacaan.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.

KHAMIS
Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.

JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain. Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.

dimana letak nya anda @ bakal isteri anda... wakaka.....

Wednesday, March 18, 2009

MOODY THURSDAY

Hai tiap tgh bulan je mesti den ghaso cmni....
KORING2 anak br sorang dah ghaso cmni... den kono kluar dr masalah ni...
16/3 hr tu den disahkan ngadung 5minggu makno e den dah ngandung sebulan lobih... heppy e hati den setelah sekiah lamo menunggu anak den pun dah umur 3thn elok la tu dio ado adik .. sian de duduk sesorang...

tapi bilo time tongah bulan ni KORING mampu ko den ngan my hubby nak saro anak den ni... Jgn risau moy kan ALLAH dah tulis rezeki anak ado... jgn risau la...

Hr ni ado kawan satu opis kawen.. kono la share2 duit boli hadiah.. x dibagikan malu muko duit cukup2 tuk minyak nak poie balik kojo yo ni... terpakso la malukan diri pinjam duit wakakaka......

My hubby rotak tulang kaki lak de.. tu yg ghaso koring sngat tu 17/3 hr tu den bwk dio poie hospital USM Kubang Kerian... kono simen ,,time ni br den trpikir kok dio masuk insurans msti boleh duit claim e busuk2 dapek 15ribu.. tp nak wek cmno x sompek nak masuk insurans dan jatuh.. dah nak jadi nak wek cmno..kok dio sihat tiap mggu dio wek bisnes e sendiri boleh la untuk tambah duit belanjo sikit niago kocik2 cmni la....

kiro punyo kiro ado seminggu lobih lagi sebolom gaji dapek... mmg kono berjimat hbs2 ni.... hikhikhik sudah la crito den hr ni... sok2 kalau ado crito den taip laie dlm blog den ni....

Unik X Gambar2 ni Usha La....



























what do you think about this picture.. kek mano pun den x tau ha...



























Sunday, March 15, 2009

angan2 yo ni


best e berangan2 ... tinggi x cukup inci ade hati nak jadi model.. wakaka.. mungkin ade satu hari nnti.. model wanita berkerjaya dan berjaya... peh best2... nak bukak bisnes sendiri kalau ade joki,,, insyaallah..

Saturday, March 14, 2009

Hujan la......

Hujan....
Tgk jam dah pukul 7.30am malas nye nak bgn gi keje....
Bgn jugak lak al-maklum la keje tempat baru kene jage disiplin...
tgh syok2 mandi hujan turun... adeh tension tul cmne nak gi keje ni... kalau aku bwk kete kompom jem.. pastu parking susah tul ade time2 ujan ni...lagipun duit x berape nak ramai ni...keto pun abg aku punye.. susah tul nak pakai keto org ni. tggu punyr tunngu jam dah pukul 8.15am..
walaucamne pun kene gi jugak dlm hujan yg tgh menggila ni.... bwk baju spare satu takut kuyup smpai opis....
Dlm hati br aku terpikir kalau ade kete kancil mase ni mmg best x de kene ujan minyak pun jimat.. tu la time beli moto x pikir... semahal mane pun moto kalau ujan totap basah ,, tu ayat mak den porli2 maso den boli moto dulu... Time ni je aku rase nak sumpah moto aku jadi keto kancil...
Dlm ujan pun aku smpai opis..al-hamdulilah selamat smpai.. sian kek moto den ni sompot kono ujan sehari... adeh timbul dlm hati den .. nekad den nak boli keto buruk pun x po asal x kono ujan... doakan den berjayo yo .....